Assalamu'alaikum..Penulisan kali ini mungkin akan dianggap sebagai sesuatu yang cuba mengubah persepsi atau pemikiran masyarakat umum dan lebih fokus kepada golongan belia yang berada di luar sana. Saya ingin mengajak agar kita sama-sama berfikir dengan lebih dalam lagi apa yang berlaku di luar sana. Saya ingin mengajak agar kita sama-sama berfikir apa yang telah dibentuk dalam permikiran kita. Adakah adat permikiran masyarakat Melayu sekarang sesuatu yang boleh diterima pakai dalam pembetukan sebuah tamadun atau suatu pemikiran yang merosak.
Istilah 'budak skema' atau 'nerd' selalu kita dengar dikalangan pelajar-pelajar Melayu yang merujuk kepada pelajar-pelajar atau orang yang sentiasa mengikut peraturan atau terlalu banyak membaca buku atau juga yang selalu mentelaah pelajaran. Dalam hal ini saya mempunyai pendapat sendiri yang saya harap dapat dikongsi bersama seterusnya dikembangkan agar kita dapat manfaat dari buah fikiran saya ini.
'Budak skema' merupakan suatu istilah yang selalu digunakan bagi merujuk orang yang terlalu mengikut peraturan, suka mengampu dengan menunjukkan kebaikan dan lain-lain lagi perkara yang menyebabkan orang meluat. Tapi pada saya 'skema' itu adalah suatu keperluan di dalam bermasyarakat supaya kita dapat menjadi lebih berdisiplin. Jika boleh, saya ingin mengajak belia-belia di luar sana menjadi 'skema yang bermaruah' atau juga 'skema yang ikhlas dalam setiap perbuatan'. Seorang pelajar yang 'skema' lebih banyak memudahkan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, malah ada juga yang memang suka membantu atau boleh dikata sebagai 'ringan tulang'. Seorang yang skema bukanlah seorang yang pendiam, pasif dan tidak update dengan persekitaran atau maklumat-maklumat baru. Tetapi, seorang yang skema adalah seorang yang suka mengkaji, agresif dalam mencari ilmu pengetahuan, proaktif dalam setiap perkara yang mendatangkan manfaat (bukan manfaat pada diri sendiri, malah pada masyarakat sekeliling).
Berbanding dengan 'nerd'. Pelajar seperti ini boleh dipanggil 'ulat buku'. Dari segi ilmu, pelajar atau manusia seperti ini memang mempunyai kelebihan. Tetapi mempunyai kekurangan dari segi pergaulan kerana terlalu leka dengan ilmu yang dipelajari. Pelajar yang seperti ini tidak mengetahui apa-apa perkembangan dunia luar. Ia hanya dengan dunia bukunya sahaja. Tidak mengendahkan orang disekeliling. Pelajar-pelajar atau mahasiswa yang seperti ini tidak sepatutnya dibentuk. Hanya tahu perkara-perkara secara teori sahaja. Orang yang seperti ini biasanya tidak mendatangkan manfaat pada orang lain, malah menyusahkan masyarakat sekeliling.
Saya minta maaf jika artikel ini menyinggung mana-mana pihak diluar sana. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, tetapi ilham tidak hadir seperti yang diharapkan. Mungkin artikel ini nampak seperti tidak mempunyai isi yang kukuh, fakta yang bernas. Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi.

No comments:
Post a Comment