
Mata sebelah kanan bergerak dari semalam. Rimas. Hati rasa tidak sedap dan berdebar-debar lebih-lebih lagi seminggu asyid didatangi dengan berita buruk sahaja. Apa tandanya ya? semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ya allah! Jauhkanlah, aku mohon pada-Mu.
Orang tua cakap, itu tanda baik-baik, tapi tidak pasti samada sebab perkara buruk atau sebaliknya. :sedihnya:…harap-harap semuanya perkara baik-baik yang berlaku. Aamiin.
Terus talipon emak di rumah bertanya perkhabaran keluarga di kampung. Emak menjawab semua baik-baik belaka.
Kemudian pergi cari kat pak cik google, dan ini lah jawapannya, kredit untuk link ini.
Jawapan orang tua-tua:
Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Dan, ini untuk anggota badan lain yang bergerak…hihi..sekadar rujukan, terpulang mahu percaya atau sebaliknya…:0
Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis
Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
Telinga bergerak-gerak = berkelahi
Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia