Kita sedang nyenyak diselimuti indahnya dunia
Kita sedang menuju ke puncak
Kita selalu dibisikkan pujian
Kita sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan keduniaan
Tapi kita masih terasa sunyi dan kosong jika hati sepi dari mengingati tuhan
Kita cukup semuanya tapi masih tidak merasa puas
Hati ini. . . . .
Hati ini berkata-kata
Dengarlah apa yang dibisikkan
Fitrah hati ini bertuhan
Jangan dituhankan pada yang sementara
Kerana dunia bukan diciptakan untuk kekal selamanya
***
Kadang lidah tiada kudrat untuk meluahkan
Hanya tulisan menjandi pengganti sebagai coretan