Thursday, 22 November 2012

KETENTERAAN : MENGHADAPI ANCAMAN SINGAPURA



Assalamu'alaikum sahabat seperjuangan sekalian. Kita jumpa lagi di post terbaru. Ok, ada satu artikel ni yang menarik hati aku. Aku rasa rakyat Malaysia patut baca ni. Mungkin boleh sedarkan kita. Artikel ni tahun 2000 dahulu. Maksudnya 12 tahun yang lalu. Masa tu aku baru darjah 5. Tujuan aku post artikel ni untuk kita sama-sama berfikir agar tidak terlalu selesa dengan keamanan dan kesenangan hidup sehingga memusnahkan tradisi yang dibentuk sejak dari dahulu. Layan dulu artikel aku copy paste ni…..
Menghadapi ancaman Singapura
(Dipetik dari Mingguan Malaysia 15/10/2000)
Kenyataan terbaru Kuan Yew bahawa sesiapa sahaja ‘dialu-alukan’ menyerang republik itu berikutan pembelian 100 peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AIM-120C dari Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, sekali lagi mengganggu hati nurani rakyat Malaysia.Sebagai negara jiran terdekat, kenyataan sedemikian seolah-olah satu mesej bahawa Singapura dengan persiapan pertahanan yang terbesar mahu terus menjelma menjadi bayangan ‘Israel’ di rantau ini.
Persoalannya sejauh manakah kekuatan Singapura yang digembar-gemburkan itu?
“Jangan rasa takut, apatah lagi rendah diri dengan kekuatan persenjataan Singapura,” kata bekas Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman dalam wawancara bersama wartawan Mingguan AZIZ ISHAK.
Walaupun telah bersara hampir lima tahun, Raja Rashid adalah antara tokoh yang disegani, berpengaruh dan selalu menjadi rujukan berhubung strategi ketenteraan apatah lagi dalam ‘berurusan’ dengan Singapura.
Singapore Armed Forces
Ikuti sedutan wawancara tersebut.
MINGGUAN: Kenyataan terbaru Kuan Yew sekali lagi menampakkan keangkuhan walaupun senjata yang dibeli itu tidaklah terlalu hebat dan Malaysia juga memiliki peluru berpandu jarak sederhana walaupun jenis yang berlainan (R-27 buatan Rusia).
RAJA RASHID: Pertama kita lihat jenis senjata yang dibeli. Peluru berpandu atau misil yang dimaksudkan itu ialah jenis air to air (udara ke udara), maknanya ia digunakan oleh pesawat pejuang untuk menentang pesawat pejuang musuh. Ia bukanlah sejenis peluru berpandu atau roket (Scud) seperti yang dilancarkan oleh Iraq ke atas Arab Saudi dalam Perang Teluk. Peluru berpandu kategori ini hanya berfungsi dan dilancarkan dari pesawat pejuang. Kalau tidak dibawa oleh pesawat pejuang, maknanya ia tidak boleh digunakan.
Ia bukanlah senjata yang Singapura sahaja boleh membeli dan memilikinya. Walhal negara kita juga mempunyai senjata yang setanding atau sekurang-kurang hampir setanding meskipun bukan sejenis.Peluru berpandu udara ke udara ini bukanlah bentuk serangan yang dilakukan secara clandestine iaitu tersembunyi atau rahsia.Senjata seperti ini hanya boleh digunakan dalam peperangan terbuka. Selagi tidak ada peperangan terbuka selagi itu ia tidak dapat dilaksanakan.Jadi kenyataan Kuan Yew mempelawa sesiapa menyerang Singapura dalam konteks Malaysia sebagai jiran terdekat, tidak harus kita khuatiri.Sebagai seorang yang arif dari segi politik antarabangsa dan serantau, Kuan Yew sepatutnya memahami perasaan dan sentimen negara jiran termasuk orang Melayu.Kenyataan yang boleh menyinggung perasaan tidak wajar dibuat oleh mana-mana jiran, bukan sahaja Singapura. Kalau mempunyai kekuatan dan kelebihan, orang tahu. Tidak perlu dihebah-hebahkan.Kalau seseorang itu bijak, dia akan mengambil kira semua aspek ini, kalau tidak hilanglah nilai kebijaksanaannya. Orang bijak tidak angkuh.
MINGGUANApakah ada muslihat dan strategi di sebalik kenyataan sedemikian?
RAJA RASHID: Pada saya, tindakan Singapura menghebah-hebahkan dan mengeluarkan kenyataan agak provokatif termasuk dalam soal ketenteraan adalah bagi tujuan deterrence atau cegah rintang.Ia sebagai satu isyarat kepada bakal-bakal musuh bahawa mereka mempunyai kekuatan atau penambahan elemen kekuatan yang boleh menggerunkan musuh.Ia juga bagi tujuan domestik iaitu membina keyakinan dan rangsangan kepada rakyat bahawa kerajaan republik itu mampu melindungi mereka dalam apa sahaja keadaan. Keyakinan sedemikian adalah penting kepada sebuah negara kecil seperti Singapura. Ini selaras dengan pendekatan pre-emptive Singapura iaitu membina kemampuan untuk bertindak dan menyerang sebelum diserang oleh musuh.
Singapura mempunyai strategi pertahanan yang berasaskan kepada geografi dan demografi. Geografi, kerana Singapura tidak dapat berubah lokasi dan keluasan sebagai sebuah pulau kecil di tengah-tengah Malay World atau rumpun Melayu. Demografinya ialah kebanyakan penduduk adalah keturunan Cina. Lebih memburukkan keadaan pemimpin republik itu sejak dulu lagi meletakkan rasa syak wasangka yang keterlaluan terhadap Malaysia dan Indonesia.
SAF 3G Soldier
MINGGUAN:Apakah strategi pertahanan Singapura akan berubah selepas ketiadaan Kuan Yew?
RAJA RASHID: Sama ada Lee Kuan Yew ada atau tidak, strategi pertahanan negara itu akan tetap sama berasaskan geografi dan demografi.Kita bertanya mengapa Singapura mempunyai kapal selam dan meriam berat jenis 155mm yang boleh melancarkan tembakan hampir 40 kilometer. Pertahanan strateginya ialah forward defence. Maknanya, sebelum musuh sampai ke pulau itu, mereka telah dapat tangani di luar wilayahnya. Dulu semasa ancaman komunisme di utara semenanjung, mungkin ada asas Singapura mempunyai pertahanan darat yang kuat selain udara. Maknanya, mereka boleh bekerjasama dengan kita untuk membendung teori Domino (peluasan wilayah komunisme di Asia Tenggara selepas Vietnam). Walaupun tiada lagi ancaman Teori Domino, mereka mempunyai persiapan dan kebolehan tentera darat yang melebihi keperluan daratannya. Terang-terang menunjukkan bahawa Singapura mempunyai strategi forward defence. Siapa bakal ancaman mereka? Mungkin dari segi ancaman mereka sentiasa menganggap diri mereka itu terpencil dan mahu menjaga segala aset serta kekayaan. Itu asas setiap negara berdaulat.
Oleh kerana geografi dan demografi. Dari mula lagi, mereka telah mempunyai satu mentaliti fortress atau mentaliti bandar berkubu dengan konsep pertahanan yang dapat bertahan begitu lama. Mentaliti fortress adalah untuk menjaga keselamatan sama ada ancaman ada atau tidak ada. Sentiasa merasa terancam setiap masa, berjaga-jaga dan berwaspada. Ia timbul dari geografi dan demografi. Oleh itu, mereka sentiasa akan membina dan membentuk pertahanan sekuat mungkin apatah lagi mempunyai kekayaan untuk membeli segala kelengkapan dan senjata. Mereka bekerja keras dan bersatu untuk mencapai kekayaan negara bagi tujuan pertahanan sedemikian. (Singapura memperuntukkan RM24 bilion untuk pertahanan pada tahun 2000 manakala Malaysia sekitar RM6 bilion).
MINGGUAN:Pada pengamatan Datuk, sejauh mana keupayaan sebenar ketenteraan Singapura?
RAJA RASHID: Kita kena menilai dua aspek. Pertama ialah kekuatan senjata dan peralatan manakala aspek kedua ialah kebolehan anggota tentera untuk mengendalikan dan melancarkan peperangan.Daripada segi persenjataan, kita tidak boleh pertikaikan keupayaan Singapura. Bagaimanapun dari segi keanggotaan, mereka hadapi masalah dan tekanan.
Walaupun dalam peperangan moden atau era digital cuma perlu tekan butang untuk lancarkan senjata tetapi dalam peperangan sebenar keanggotaanlah yang mempengaruhi dan banyak menentukan kejayaan. Yang akan memenangi peperangan ialah anggota yang boleh menduduki atau menawan kawasan musuh dan bukannya senjata.Masalah Singapura, mereka hanya mampu melancarkan serangan tetapi agak sukar atau belum tentu mencapai kejayaan. Jangan lupa tindak balas pihak yang mereka serang dan adakah mereka mempunyai keupayaan untuk bertahan.
Persekitaran dan budaya kita berlainan berbanding Singapura. Singapura ialah satu ‘pulau bandar’. Rakyat mereka tidak mempunyai budaya lasak kerana persekitaran metropolitan dan kehidupan mewah. Sedangkan tentera Malaysia berasal dan sebati dalam persekitaran yang lasak mental dan fizikal dengan gunung, bukit, paya, sungai, hutan belantara, lintah, pacat dan sebagainya.
Latihan mungkin boleh banyak membantu melahirkan tentera yang lasak fizikal dan mental tetapi ia tidak sama dengan generasi yang muncul dari budaya dan persekitaran yang lasak.
Tengok cara orang Amerika Syarikat (AS) berperang dengan Vietnam. Kehebatan persenjataan dan kelengkapan tidak berkesan apabila datang pada keadaan sebenar. Ini disebabkan kelasakan mental dan fizikal berdasarkan budaya rakyat Vietnam. Walaupun mereka daif tetapi mampu mengatasi kehebatan doktrin dan persenjataan AS.Peralatan dan persenjataan bukanlah jawapan kepada kekuatan sebenar sesuatu angkatan tentera. Itu rumusan saya daripada segi peralatan dan keanggotaan. Kedua-dua itu mesti mempunyai simbiosis jika mahu mempunyai kekuatan terjamin. Kita ada simbiosis itu.
MINGGUANAda bacaan dan andaian bahawa tentera Singapura dengan kelebihan persenjataan yang mereka ada khususnya dari segi kuasa udara mampu melumpuhkan Malaysia dalam tempoh 24 jam sahaja.
Multiple Launching Rocket System (MLRS) Astross Avibras II
RAJA RASHID: Malaysia sentiasa mengkaji kebolehan mereka, kita tidak rasa mempunyai kelemahan sehingga boleh digugat atau ditawan dengan mudah. Bacaan dan perkiraan mereka mungkin berbeza dengan bacaan kita.Kalau kita kaji strategi Singapura yang belajar dari Israel, pilihan terbaik ialah melancarkan serangan pre-emptive untuk memusnahkan semaksimum mungkin sehingga pihak lawan tidak berdaya bertindak balas.
Kalau mereka mampu melakukan serangan udara besar-besaran itu mungkin dalam tempoh berkenaan. Tetapi tidak mungkin mereka akan melumpuh atau memusnahkan kita, tidak mungkin. Antaranya kerana sumber dan aset ketenteraan kita berselerak dan kita mempunyai kelebihan dari segi geografi termasuk perairan untuk bertindak balas secara unik.Pergerakan segala sumber kekuatan kita boleh dilakukan dengan cepat, penuh muslihat dan berpanjangan.
FNSS Pars 8×8 ~ Aset terbaru yang bakal memasuki ATM
MINGGUANMaknanya kita mempunyai keupayaan tersendiri untuk bertahan dan bertindak balas?
RAJA RASHID: Keupayaan itu meliputi pelan tindakan khas untuk menghadapi ancaman termasuk jika ia datang dari Singapura.Salah satu ciri rancangan itu ialah untuk mempertahankan negara ini secara berlapis termasuk melumpuhkan sumber serangan itu sendiri.Sekiranya sesuatu musuh itu mahu melancarkan serangannya, mereka terpaksa melepasi sekurang-kurangnya tiga lapisan. Jika ia tidak mampu merempuh ketiga-tiga lapisan itu, ia tidak akan berjaya. Rancangan khas ini juga disesuaikan mengikut senario. Saya percaya sehingga hari inipun, ATM sedia untuk hadapi dan laksanakan rancangan sedemikian bila mendesak dan tiba masanya jika diancam.
Dari segi kekuatan nasional pula, kita mempunyai beberapa kelebihan. Kita juga tidak perlu berasa terancam dengan faktor-faktor lain termasuk geografi dan demografi. Geografi kita besar dan demografi kita berganda. Singapura mempunyai 3 juta penduduk sedangkan kita lebih 21 juta. Apapun, percayalah kita mempunyai strategi khas luar jangkaan yang hasilnya, tidak akan mengecewakan rakyat kita.
MINGGUANApakah faktor lain yang mendorong Singapura khususnya Kuan Yew kerap mengeluarkan kenyataan provokatif dan menyinggung perasaan Malaysia. Mungkinkah kerana faktor menjadi sekutu kuat kepada Amerika Syarikat?
RAJA RASHID: Ini bukanlah pertama kali Kuan Yew membuat kenyataan yang menyinggung perasaan orang kita. Banyak kali, jadi kalau sudah selalu dilakukan, patut kita jangan susah hati.
Sama ada dia mempunyai rakan kuat seperti AS atau menganggap kita sebagai terjauh dari rakan kuat mereka sehingga memberi perangsang kepada mereka, tidak perlu kita ambil kira. Memang perangai dia macam itu. Tetapi jangan pula kerana dia menyatakan sesuatu yang menyebabkan kita tersinggung, kita berdiam. Kita tidak boleh diam. Kita mesti tetap bersuara dan bangkitkan hal itu. Soal mereka hendak terima atau tidak, soal lain. Mereka tidak boleh pandang rendah kita dan kita termasuk rakyat tidak boleh merasa rendah diri dalam semua hal apatah lagi pertahanan.
MINGGUANApa lagi elemen kekuatan Malaysia yang boleh digembleng jika menerima ancaman daripada Singapura?
RAJA RASHID: Pertama kita mempunyai tentera yang berpengalaman luas, terlatih dan mempunyai tradisi daya juang tinggi, walaupun usia ATM agak muda.
ATM menerima pendedahan yang banyak di peringkat antarabangsa seperti operasi pengaman di Kongo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia. Rekod daya juang kita juga mereka segan seperti menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, konfrontasi dan menangani ancaman pengganas komunis. Askar Melayu sendiri bermandi darah mempertahankan Singapura suatu masa dulu.
Keberanian dan kemahiran itu diwarisi oleh generasi tentera yang baru. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman melihat prestasi semasa latihan dengan negara-negara lain termasuk negara maju, kita mempunyai juruterbang pejuang yang cekap, kreatif dan berani. Kalau ada peluang air to air combat, mereka pasti cemerlang dan bertindak nekad serta bijak.
Begitu juga tentera laut. Dalam tentera darat pula tradisi keberanian itu terus dipertahankan termasuk di peringkat antarabangsa. Tentera kita dengan corak latihan dan persenjataan yang berbeza dengan AS, masih mampu membantu menyelamatkan tentera AS yang terkepung di Somalia. Jeneral AS sendiri menyatakan kekaguman mereka dengan keberanian tentera kita.
Jangan lupa faktor rakyat kita. Saya tidak ragu-ragu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan kaum atau berlainan politik akan bangkit dan bersatu mempertahankan tanah air ini. Pengalaman dan latar belakang perjuangan rakyat negara ini jangan diperkecilkan termasuk kemungkinan menghadapi tempoh peperangan yang panjang.
Pandura (Pandu Arah – Pathfinder) Komando PASKAU
MINGGUANSelain persenjataan apa lagi kelebihan Singapura?
RAJA RASHID: Kelebihan Singapura ialah dari segi sistem melaksanakan segala pembelian dan rancangan pembelian senjata dan peralatan.
Singapura tidak banyak menyatakan perancangan hadapan dari segi pembelian tetapi apabila mereka merancang sesuatu mereka akan melaksanakan secepat mungkin. Pada saya, itu satu kekuatan.
MINGGUANSingapura menyaksikan perkembangan pesat dalam semua aspek pertahanan sejak melaksanakan gagasan Total Defence.
RAJA RASHID: Singapura mempunyai dasar pertahanan yang baik. Konsep Total Defence, satu konsep menyeluruh dengan satu kordinasi yang merangkumi jabatan-jabatan kerajaan dan kumpulan swasta yang strategik. Contohnya ialah cara mereka menyediakan shelter atau tempat perlindungan perang untuk orang awam. Mereka gunakan terowong-terowong kereta api bawah tanah dan buat hospital kepunyaan kerajaan yang mempunyai kemudahan perlindungan. Ada jalan raya dibina selurus-lurus dan sebesar-besar serta landasan di tengah-tengah jalan itu boleh diubah untuk menjadi landing zone alternatif.Mereka sangat bergantung kepada kekuatan air power atau kuasa udara maka kemudahan dan pergerakan aset tentera udara cukup penting.Dengan kata lain, apa sahaja pembangunan yang ada dimasukkan elemen pertahanan.
Maknanya masyarakat Singapura mempunyai satu orientasi keselamatan yang baik berdasarkan pelbagai faktor termasuk mentaliti fortress dan rasa curiga terhadap negara jiran.Keadaan itu mudah dicorakkan kerana saiz masyarakatnya yang kecil dan sifat sebagai pulau bandar raya yang moden. Kita di Malaysia, sukar berbuat demikian kerana mempunyai geografi yang luas dan penduduk yang berselerak. Lagipun kita tidak pernah rasa terancam dengan negara jiran termasuk Singapura.
18-Skuadron F-18D Hornet Tentera Udara DiRaja Malaysia
11-Skuadron Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara DiRaja Malaysia
MINGGUANBagaimana dengan kemudahan dan aset tentera Singapura di beberapa negara bagi tujuan latihan, yang boleh digunakan untuk percaturan strategi bila terdesak?
RAJA RASHID: Itu terserah kepada bacaan strategi sesiapa sahaja.Saya percaya kita telah mengambil kira semua aspek dalam membuat penilaian terhadap kekuatan Singapura.Kita lebih suka mengandaikan bahawa aset-aset tersebut adalah untuk tujuan latihan kerana Singapura menghadapi masalah mengadakan latihan kerana saiznya yang kecil.Misalnya, tentera udara yang menjadi asas pertahanannya memerlukan latihan yang banyak dan kerap tetapi ruang angkasa mereka terhad. Jadi mereka terpaksa membuat latihan udara, tembakan meriam, kereta kebal dan infantri di luar negara seperti AS, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Brunei.Bagi tujuan itu, di AS dan Australia misalnya ada pesawat pejuang Singapura.
MINGGUANSejauh manakah kemungkinan tercetusnya perang antara kedua-dua negara.
PANGLIMA HITAM
RAJA RASHID: Kemungkinannya amat kecil selagi dalam rangka hubungan diplomatik yang baik kerana itu mampu membendung provokasi bertukar menjadi konfrontasi.Kalau tercetus peperangan bukan kita sahaja yang menerima akibatnya malah mereka juga.
Tidak ada untung pada mana-mana pihak malah lebih rugi. Ini disebabkan rakyat dan pemimpin kedua-dua negara ini telah membentuk dan membina negara masing-masing dengan cemerlang, taraf hidup yang baik selain mempunyai hubungan kuat di peringkat rakyat.
Walau apa sekalipun alasan, tidak harus sampai menggunakan kekerasan. Semua perkara boleh dirunding termasuk isu air. Malaysia tidak akan gunakan air sebagai senjata, itu tidak berperikemanusiaan dan bukan pun tindakan yang bijak. Kalau hendak lakukan, boleh dilakukan dulu lagi. Lagipun Singapura sedang dan boleh mendapatkan air dari sumber lain. Hubungan ketenteraan dengan Singapura juga sentiasa baik. Sebab kita dalam kelompok ASEAN dan Peraturan Pertahanan Lima Negara atau FPDA (yang turut dianggotai oleh United Kingdom, New Zealand dan Australia). Singapura harus berfikir banyak kali sebelum bertindak sedemikian kerana mereka mungkin menanggung kerugian lebih besar. Lagipun Singapura memerlukan kita lebih daripada kita memerlukannya.
Jadi jangan takut kepada Singapura. Jika berlaku apa-apa, percayalah kita sudah bersedia dengan rahsia kekuatan kita. Tetapi pada saya, orang yang putus akal sahaja yang hendak berperang.
MBT Pendekar!

Biar apa pun yang orang tuduh ATM dengan berbagai-bagai cemuhan dan caci maki, cuba kita fikir balik siang dan malam kita selamat ke tak? Mudah tak kita nak ke sana ke mari? Mudah tak kita nak keluar mencari rezeki? Disebalik kesenangan dan kemewahan yang kita kecapi, korang ada fikir sape disebalik semua ni? Tepuk dada tanyalah hati.

Monday, 29 October 2012

"Just nk layan prasaan"

ptg2 nih nk layan prsaan cket..
xmo sirius2..
jng slh pham lak yg ak nih jiwang..

nape msti kene wat pompuan yg kejo laki..
xde ke gambo laki yg kejo pompuan..

hanya utk awak..haha..
tah pape la ptg nih..
cam xde keje lain je..bnyk lg mende nk kene wat..

nk carik kt mane tah..
klu jmpe pn org nyer..dasat2..

InsyaAllah..

harap2 sume ikut kerana Allah..

sori sayang, abg bukan xnk bg komitmen..
tp ade sorg pakcik ni slalu sngt cari abg..
so kite xdpt meluangkan masa b'sama..hahahahahaah...

xbrani nk komen lebih2 bab gambo nih..
same2 pikir n muhasabah diri la ea..

Monday, 8 October 2012

Skema atau Nerd??


Assalamu'alaikum..Penulisan kali ini mungkin akan dianggap sebagai sesuatu yang cuba mengubah persepsi atau pemikiran masyarakat umum dan lebih fokus kepada golongan belia yang berada di luar sana. Saya ingin mengajak agar kita sama-sama berfikir dengan lebih dalam lagi apa yang berlaku di luar sana. Saya ingin mengajak agar kita sama-sama berfikir apa yang telah dibentuk dalam permikiran kita. Adakah adat permikiran masyarakat Melayu sekarang sesuatu yang boleh diterima pakai dalam pembetukan sebuah tamadun atau suatu pemikiran yang merosak.

Istilah 'budak skema' atau 'nerd' selalu kita dengar dikalangan pelajar-pelajar Melayu yang merujuk kepada pelajar-pelajar atau orang yang sentiasa mengikut peraturan atau terlalu banyak membaca buku atau juga yang selalu mentelaah pelajaran. Dalam hal ini saya mempunyai pendapat sendiri yang saya harap dapat dikongsi bersama seterusnya dikembangkan agar kita dapat manfaat dari buah fikiran saya ini.

'Budak skema' merupakan suatu istilah yang selalu digunakan bagi merujuk orang yang terlalu mengikut peraturan, suka mengampu dengan menunjukkan kebaikan dan lain-lain lagi perkara yang menyebabkan orang meluat. Tapi pada saya 'skema' itu adalah suatu keperluan di dalam bermasyarakat supaya kita dapat menjadi lebih berdisiplin. Jika boleh, saya ingin mengajak belia-belia di luar sana menjadi 'skema yang bermaruah' atau juga 'skema yang ikhlas dalam setiap perbuatan'. Seorang pelajar yang 'skema' lebih banyak memudahkan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, malah ada juga yang memang suka membantu atau boleh dikata sebagai 'ringan tulang'. Seorang yang skema bukanlah seorang yang pendiam, pasif dan tidak update dengan persekitaran atau maklumat-maklumat baru. Tetapi, seorang yang skema adalah seorang yang suka mengkaji, agresif dalam mencari ilmu pengetahuan, proaktif dalam setiap perkara yang mendatangkan manfaat (bukan manfaat pada diri sendiri, malah pada masyarakat sekeliling).



Berbanding dengan 'nerd'. Pelajar seperti ini boleh dipanggil 'ulat buku'. Dari segi ilmu, pelajar atau manusia seperti ini memang mempunyai kelebihan. Tetapi mempunyai kekurangan dari segi pergaulan kerana terlalu leka dengan ilmu yang dipelajari. Pelajar yang seperti ini tidak mengetahui apa-apa perkembangan dunia luar. Ia hanya dengan dunia bukunya sahaja. Tidak mengendahkan orang disekeliling. Pelajar-pelajar atau mahasiswa yang seperti ini tidak sepatutnya dibentuk. Hanya tahu perkara-perkara secara teori sahaja. Orang yang seperti ini biasanya tidak mendatangkan manfaat pada orang lain, malah menyusahkan masyarakat sekeliling.



Saya minta maaf jika artikel ini menyinggung mana-mana pihak diluar sana. Terlalu banyak yang ingin diperkatakan, tetapi ilham tidak hadir seperti yang diharapkan. Mungkin artikel ini nampak seperti tidak mempunyai isi yang kukuh, fakta yang bernas. Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi.

Wednesday, 26 September 2012

InsyaAllah


Pada saat-saat yang membosankan,
inilah masanya yang aku ingin gunakan meng'copy paste' hasil nukilan orang lain.
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...
------------------------------------------------------------------------------ 
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui blok  blog nih,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Seseorang yg dapat b'juang b'sama-sama tanpa mengira penat dan lelah..
Amiinn...

Monday, 24 September 2012

Cerita Dua Ekor Keldai



Sekali peristiwa dua ekor keldai telah dibawa oleh tuannya mengangkat barang: seekor membawa garam di dalam beberapa karung diikatkan di atas belakangnya, dan seekor lagi membawa bunga karang (iaitu sepan) diikatkan kepada belakangnya juga. Maka tatkala mengharung melalui sebuah anak sungai keldai yang membawa garam itu telah tergelincir beberapa kali dan jatuh tergolek ke dalam air. Maka garam itu pun beransur-ansur larut; tiap-tiap kali ia bangkit air garam itu pun berlelehan turun dari kiri kanan rusuknya. Akhirnya ia pun merasa ringan,. Setelah sampai ketebing sebelah, melompat-lompatlah ia oleh kerana kesukaan.

Apabila dilihat oleh keldai yang membawa sepan itu ia pun hairan lalu ia bertanya kepada taulannya itu dengan bahasa keldai: “Hai! Apa sebabnya awak telah menjadi terlampau suka ini? Tadi kawan tengok awak terkial-kial di bawah beban awak itu; sekarang nampaknya awak sudah ringan dan boleh berlari melompat-lompat dengan riang pula!” Jawab taulannya itu: “Masa kawan mula-mula tergelecek dan jatuh dalam sungai itu tadi kawan rasa beban di atas belakang kawan hancur menjadi air serta ringan rasanya. Sebab itu kawan pun sengaja membuat-buat jatuh lagi beberapa kali, supaya banyak lagi beban kawan itu hancur. Sekarang sudah ringan betul!”

Maka keldai yang membawa sepan itu pun menetapkan dalam hatinya hendak membuat-buat jatuh pula dalam air bila menyeberang anak sungai yang lain kelak, supaya bebannya pun menjadi ringan juga. Oleh itu apabila terjumpa sebuah anak sungai lagi dan ia turun mengharungi bersama taulannya itu hendak menyeberang, ia pun pura-pura tergelincir lalu rebah ke dalam air hingga bergolek-golek. Maka sengaja ia lambat bangun, kerana menantikan biar banyak bebannya itu hancur pula! Tetapi kasihan! Apabila ia bangun dirasanya jangankan bebannya itu bertambah ringan, malahan telah bertambah berat pula berganda-ganda daripada dahulu, sebab sepan itu semuanya telah penuh dimasuki air. Dalam hal yang demikian, mahu tak mahu berjalanlah juga ia naik ke tebing sambil mengerang dan mengeluh oleh terlalu beratnya, sepertikan hendak patah rasa belakangnya!

Ketika itu tuannya, yang dari tadinya telah memerhatikan sahaja akan kelakuan keldai itu dengan perasaan lucu, datang hampir kepadanya lalu berkata: “Hai Si Dungu yang bebal! Sungguhlah engkau ini bodoh dan tongong! Tiada engkau mengerti bahawa beban engkau dengan beban taulan engkau itu tidak sama jenisnya! Engkau hanya meniru dan mengikut- ngikut dengan buta tuli, tidak dengan fikiran dan faham yang terang! Padanlah balasan yang engkau terima ini dengan bodoh engkau itu!! Bangsaku manusia pun banyak yang berbuat seperti engkau ini, mengikut-ngikut perkara yang mereka tiada tahu dan tiada mengerti!”

~ Pendita Za’aba


Tuesday, 18 September 2012

Ramadhan Yg Mengajar...

Agak lama x update blog ni. Dah siap b'sawang. Dah xde mase, nk wat camner. Lg pun klu nk update blog kne la ade cerite n manfaat pada yg m'bace, klu stakat nk cite mende kosong baik xyah. Walaupun bulan Ramadhan dah lama b'lalu cuma nk b'kongsi sedkt pengalaman yg b'makna (InsyaAllah).

Hidup ni pnuh dngan dugaan n cabaran dan Ramadhan kali ni mmg mengajar ak untuk b'sabar. Maybe Allah nk melatih ak jd seorg yg lebih pnyabar di masa depan. Stlh smgu b'puasa, ak pn m'buka 'kdai' di dpn Giant 18, S.Alam. Pelbagai gelagat manusia yg Allah gambarkn lalu dpn ak. Dpt gak b'knalan dng org gila, dng pniaga2 yg bnyk ragam n hamba Allah yg m'beri nsihat walaupn ak xknal spa org tuh.

Aku xpasti adakah perasaan ak shj atau mmg b'laku. Peniaga2 Melayu mmg xblh nk tngok org len naik, msti nk kaco. Selang b'berapa hari b'niaga, penguatkuasa MBSA  pn dtg m'buat serbuan keatas peniaga2 'rambo'(peniaga2 yg bukak bonet keta, t'masuk ak gak). Tp dng bantuan Allah, seorang hamba Allah ni dtg m'beri kata2 semangat agar tidak menutup 'kedai' dan sentiasa b'doa agar brg2 jualan tak dirampas. Alhamdulillah, penguatkuasa mcm xnmpak ak pn, langsung x singgah. Mungkin ini petunjuk dari Mu agar aku sentiasa b'pengan dengan tali agama-Mu.

Syg betul pengalaman p'tama m'jd peniaga rambo xde gambo. Xpe2, xde rezki lg, InsyaAllah mase dpn dpt la walaupn xsma dng pengalaman p'tama..

Friday, 11 May 2012

Jasa Bonda




Di saat kau lena dia berjaga

Kau bersenang dia bekerja

Untuk mu tiada terbatas

Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah



Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur

Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang



Engkau semakin dewasa

Berjiwa merdeka

Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

disaat rindu pada bonda dan ayahnda..

:'(



6 Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri



1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?